Clubs Page
Murid diberi pendedahan awal kemahiran dan pengetahuan asas dalam pengasuhan kanakkanak. Murid diberi orientasi pekhidmatan taska dan tadika serta membuat pemerhatain terhadap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Mata pelajaran ini merangkumi kemahiran menyediakan permainan secara kreatif dan selamat serta menyediakan makanan seimbang. Kebersihan diri kanak-kanak dan persekitaran yang bersih dan selamat dititikberatkan. Murid mempelajari pengurusan sumber dan kewangan serta mengamalkan perhubungan positif dengan kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat. Melalui mata pelajaran ini murid boleh membuka perniagaan sendiri atau bekerja di taska dan tadika.
MPV Gerontologi Asas dan Geriatrik berfokus kepada bidang penjagaan sosial dan kesihatan warga emas yang menekankan pengetahuan teknikal, kemahiran kebolehkerjaan serta nilai dan etika profesional bagi memupuk keseimbangan dalam pembangunan dan kemajuan negara. Pendedahan kepada perkembangan teknologi baharu dalam bidang penjagaan sosial dan kesihatan warga emas di samping mengamalkan peraturan keselamatan dan budaya kerja selamat. Kandungan baharu KSSM MPV Gerontologi Asas dan Geriatrik mampu melengkapkan murid dengan kemahiran asas yang diperlukan bagi mendepani cabaran Revolusi Industri ke-4. Kemahiran ini diperlukan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang penjagaan sosial dan kesihatan warga emas untuk memacu ekonomi Malaysia. Penggubalan kurikulum ini diselarikan dengan konsep KSSM sedia ada bagi memberi peluang kepada murid untuk mengalami pembelajaran secara inkuiri yang melibatkan perbincangan, penaakulan dan membuat refleksi melalui kerja projek atau amali ke arah melahirkan insan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berorientasikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dengan hasrat membentuk minda murid membudayakan amalan teknologi hijau dalam bidang penjagaan sosial dan kesihatan warga emas dalam kehidupan seharian supaya selari dengan perkembangan cabaran abad ke-21 yang mementingkan alam sekitar. PdP dilaksanakan secara bersepadu merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai pelbagai bidang penjagaan sosial dan
Dalam mata pelajaran ini murid menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam mengurus dan menyusun atur perabot serta menghias ruang dengan mengamalkan peraturan keselamatan. Kemahiran ini merangkumi pemilihan skima warna, reka bentuk corak dan penataan cahaya. Murid mempraktikkan kemahiran teknik mengecat, memasang kertas penghias dinding, menggubah bunga dan menggantung langsir. Mereka juga menghasilkan artikel hiasan dalaman yang kreatif. Kemahiran asas dalam mata pelajaran ini membolehkan murid membuka perniagaan sendiri dalam industri hiasan dalaman atau bekerja sebagai pembantu pereka hiasan dalaman.
Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengendalian dan penyajian makanan. Dalam pembelajaran katering, murid mempraktikkan kemahiran menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan pelbagai resipi asas. Dalam pembelajaran penyajian, murid mengenal pasti peralatan menghidang, menyediakan peranggu meja, menggubah bunga, melipat napkin dan mempraktikkan prosedur melayan pelanggan. Dengan kemahiran yang diperoleh, murid boleh berkecimpung dalam bidang katering atau masakan sebagai tukang masak, peramu saji atau pembantu katerer.
Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan kemahiran dan pengetahuan dalam kerja pemasangan dan penyambungan pelbagai jenis paip seperti PVC, G.I dan poli paip. Murid juga menjalankan kerja menyenggara peralatan paip domestik seperti sinki, basin, show er dan pili. Melalui mata pelajaran ini murid boleh bekerja sebagai juru kerja paip atau membuka perniagaan sendiri.
11. MATA PELAJARAN KIMPALAN ARKA DAN GAS Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai jenis kerja kimpalan. Murid mengamalkan langkah keselamatan dan menjalankan kerja kimpalan dengan menggunakan pelbagai jenis alatan tangan dan mesin. Kemahiran yang dipelajari termasuk proses pemotongan menggunakan gas oksi-asetelina, proses penyediaan bahan dan sambungan serta mengimpal plat dan paip keluli berkarbon. Melalui mata pelajaran ini murid boleh memulakan perniagaan sendiri atau bekerja di industri yang terlibat dengan kerja kimpalan.
KSSM MPV Landskap dan Nurseri bermatlamat melahirkan murid yang berpengetahuan, berkemahiran serta mempunyai nilai dan etika profesional dalam landskap dan nurseri ke arah murid yang boleh berdikari, berdaya saing, mengamalkan teknologi hijau dan menjana idea kreatif dan inovatif serta menerapkan elemen keusahawanan.
Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam kerja mekanik motosikal yang merangkumi kemahiran mengesan kerosakan, menggantikan komponen dan menguji kefungsian motosikal. Murid menguasai pelbagai kemahiran menservis motosikal berkuasa 110 c.c. ke bawah tanpa sistem klac dan 250 c.c. ke bawah dengan sistem klac. Murid juga menservis sistem brek, elektrik dan elektronik, tayar, transmisi, dan bahan api. Murid mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan. Melalui mata pelajaran ini murid boleh memulakan perniagaan sendiri atau bekerja di bengkel menservis motosika
Mata pelajaran ini berhasrat membolehkan murid membaiki peralatan elektrik domestik. Murid dilatih menggunakan alat tangan dan peralatan ujian dengan menekankan langkah keselamatan dan kaedah yang betul dan berkesan. Murid menguasai kemahiran menguji, mengesan dan mengenalpasti kerosakan serta menyenggara perkakas elektrik di rumah seperti seterika, cerek elektrik, kipas, alatan audio video seperti sistem siaraya, sistem kamera litar tertutup dan sistem penggera keselamatan rumah. Prospek kerjaya murid termasuk mengusahakan kedai membaiki dan membekal alat elektrik atau bekerja sebagai operator di kilang elektronik.
Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan kemahiran asas kerja pembinaan batu bata dan konkrit yang diperlukan dalam industri pembinaan terutamanya pembinaan rumah. Murid mempraktikkan kerja menerap batu bata dan melepa bata serta kerja konkrit termasuk kerja simen fero. Murid perlu menguasai kemahiran melakukan kerja kemasan dengan menggunakan cat emulsi dan jubin. Teknik memasang dan menanggalkan peranca (scaffolding) juga didedahkan dengan menekankan kepada penjaminan keselamatan semasa bekerja. Murid yang telah mengikuti mata pelajaran ini boleh menceburi pelbagai jenis pekerjaan dalam bidang pembinaan seperti penerap batu bata atau pelepa lantai/tembuk atau mengusahakan perniagaan sendiri dalam bidang berkaitan
Program MPV adalah singkatan nama kepada 22 mata pelajaran elektif bercorak kemahiran vokasional di Tingkatan 4 dan 5 yang mula ditaw arkan secara berperingkat-peringkat di sekolah menengah akademik harian mulai tahun 2002. Penawaran berperingkat-peringkat 22 mata pelajaran kemahiran ini dalamempat fasa mulai tahun 2002 hingga 2005 (Rujuk Jadual).
Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam pemprosesan hasil ternakan, hasil tanaman, produk bakeri, konfeksioneri dan kuih tradisional. Pemprosesan makanan melibatkan pelbagai peringkat pemprosesan seperti pemilihan bahan mentah, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran. Pendedahan kepada pengurusan tempat kerja dan Amalan Perkilangan Yang Baik (GMP) turut diutamakan. Aktiviti amali yang dilakukan di dalam bengkel pemprosesan makanan menggalakkan murid untuk bekerjasama dan berkomunikasi dalam kumpulan, berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah, berinisiatif dan bijak membuat keputusan serta bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan rakan. Murid terlibat dengan rekabentuk produk inovasi dan aktiviti pemasaran produk. Ini dapat melatih mereka menguasai kemahiran kebolehkerjaan di bengkel pemprosesan makanan atau memulakan perusahaan memproses makanan secara kecil-kecilan dan seterusnya menyediakan tenaga kerja yang relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan pada masa hadapan.
Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan asas teori dan amali dalam bidang pendawaian elektrik Murid mengamalkan langkah keselamatan dan menguasai kemahiran mengenal pasti saiz dan sambungan kabel, menyambung litar asas, melukis dan mentafsir gambarajah litar satu fasa, menggunakan alat penguji dan memasang litar domestik. Melalui mata pelajaran ini murid boleh bekerja dengan kontraktor pendawaian atau membuka perniagaan sendiri.
Mata pelajaran ini memberi pengetahuan teori, proses dan kaedah penghasilan bahan-bahan multimedia yang menarik dan berkualiti. Pelajar menguasai pelbagai kemahiran yang antara lain termasuk pengendalian komputer, perakam kamera video, kamera (still picture), alat perakam audio dan alat pengimbas imej. Pelajar juga diberi kemahiran menukar format video dan audio dari signal analog kepada digital dan sebaliknya. Penggunaan pelbagai perisian editor grafik, video dan video serta alat pengarangan juga didedahkan. Selepas tamat pengajian, pelajar boleh menceburi bidang pekerjaan yang bersangkutan dengan pengiklanan dan rakaman studio.
KSSM MPV PRT berfokuskan kepada perkembangan teknologi baharu dalam bidang pembuatan, mereka bentuk dan kelestarian yang menekankan pengetahuan teras teknikal, kemahiran kebolehkerjaan serta nilai dan etika profesionalisme bagi memupuk keseimbangan dalam pembangunan serta kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Mempelajari perkakasan dan perisian yang melibatkan reka bentuk grafik digital
Mata pelajaran ini digubal untuk melahirkan murid yang mahir dan berketrampilan dalam bidang pembuatan pakaian. Murid mereka dan melakar pakaian, mendraf pola dan membuat penyesuaian serta menjahit pakaian seperti blaus, skirt bentuk A, Palazo, baju kurung pesak buluh dan sarung susun , kebaya dan skirt lipat batik , ceongsam, sut punjabi ,gaun kanak-kanak dan pakaian rekaan. Mereka perlu menguasai kemahiran menggunakan alatan pembuatan pakaian; mengenal pasti, memilih dan mengguna bahan jahitan dan hiasan pada pakaian; dan membuat anggaran perbelanjaan. Dengan kemahiran asas ini, murid boleh menjalankan perniagaan sendiri sebagai tukang jahit, pereka fesyen atau bekerja di kilang pakaian dan fesyen.
Program ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.
Pendedahan kepada murid mengendali ikan hiasan, hatceri, terkanan ikan air tawar mengikut prosedur yang betul. Sekolah yang menawarkan kursus ini adalah 1. SMK Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan
Melayakkan mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2. ( Juruteknik Tanaman) Kerja pengendalian tanaman dan penanaman, kerja penyediaan , mengurus tempat serta alatan ladang, kerja penanaman benih dan penjagaan air. Kerja menyediakan, mengurus dan penjagaan, kerja kawalan penyakit , rawatan penyakit , kerja kutipan dan pengendalian hasil. Senarai sekolah yang menawarkan Juruteknik Tanaman : 1. SMK DEWAN BETA, KOTA BHARU, KELANTAN 2. SMK KEDONDONG, PASIR MAS, KELANTAN 3. SMK SRI KIAMBANG, PASIR MAS, KELANTAN 4. SMK CHETOK, PASIR MAS, KELANTAN
Melatih pelajar untuk mereka bentuk, membuat dan membaik pulih perabot serta memberi kemahiran dalam penggunaan dan penyelenggaraan alat tangan serta mesin. Program PVMA ini hanya dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 buat masa ini.
Menyediakan murid kepada sistem kuasa, penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan. Sekolah yang menawarkan kursus ini adalah :- 1. SMK Geting, Tumpat, Kelantan 2. SMK Chabang Empat, Tumpat, Kelantan 3. SMK Ipoh, Tanah Merah, Kelantan
Apa yang saya pelajari Menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini. Senarai sekolah yang menawarkan program : 1.SMK ALOR PASIR ,TANAH MERAH KELANTAN 2.SMK WAKAF BHARU ,TUMPAT KELANTAN 3.SMK PUTERI ,KOTA BHARU KELANTAN 4.SMK KEROH ,KUALA KRAI KELANTAN 5.SMK ABDUL SAMAD ,MACHANG KELANTAN 6.SMK PANGKAL MELERET , MACHANG KELANTAN 7.SMK GUAL PERIOK , RANTAU PANJANG , KELANTAN 8.SMK KEMAHANG , TANAH MERAH KELANTAN 9.SMK PAHI , KUALA KRAI KELANTAN.
Mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan timur dan barat, kuih tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan. Sekolah yang menawarkan program: 1. SMK Tan Sri Mohamed Yaacob Tanah Merah Kelantan 2. SMK Sultan Yahya Petra , Kuala Krai Kelantan 3. SMK Kadok Kota Bharu Kelantan 4. SMK Ketereh Kota Bharu Kelantan 5. SMK Raja Sakti Kota Bharu Kelantan 6. SMK Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan 7. SMK Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan 8.SMK Kampong Laut Tumpat Kelantan
Pendedahan kepada murid mengendali bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul. Sekolah yang menawarkan program ini adalah:- 1. SMK Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan 2. SMK Long Yunus, Bachok, Kelantan
Mendedahkan pelatih kepada bidang Estetik dalam bidang penjagaan rawatan muka secara biasa dan juga elektrotheraphy , penggayaan rambut, solekan muka seperti solekan majlis, solekan biasa, pedicure, menicure ,henna, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon. Pelatih akan mendapat Sijil Kemahiran Mara (SKM) Tahap 2 setelah menamatkan latihan selama 2 tahun. Pelatih boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang Estetik di Kolej IKBN, Giat Mara ,IKBN, dan Kolej Komuniti. Terdapat 3 buah sekolah yang menawarkan kursus Estetik iaitu SMK Mulong Kota Bharu , SMK Tanah Merah 2, dan SMK Padang Pak Amat .
Mendedahkan murid kepada penyelenggaraan berkala seperti servis brek, servis karburetor, servis tayar & roda, servis elektrik & elektronik, servis kepala silinder, servis major, server kerangka, servis fok/absober, servis pacuan akhir dan seterusnya pandu uji motosikal. Sekolah yang menawarkan program ini adalah:- 1. SMK Kandis, Bachok, Kelantan