MPV PEMBINAAN DOMESTIK


Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan kemahiran asas kerja pembinaan batu bata dan konkrit yang diperlukan dalam industri pembinaan terutamanya pembinaan rumah. Murid mempraktikkan kerja menerap batu bata dan melepa bata serta kerja konkrit termasuk kerja simen fero. Murid perlu menguasai kemahiran melakukan kerja kemasan dengan menggunakan cat emulsi dan jubin. Teknik memasang dan menanggalkan peranca (scaffolding) juga didedahkan dengan menekankan kepada penjaminan keselamatan semasa bekerja. Murid yang telah mengikuti mata pelajaran ini boleh menceburi pelbagai jenis pekerjaan dalam bidang pembinaan seperti penerap batu bata atau pelepa lantai/tembuk atau mengusahakan perniagaan sendiri dalam bidang berkaitan

Tentang Kami


KSSM MPV PD bermatlamat melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran serta mempunyai nilai dan etika profesional dalam kerja pembinaan ke arah menyediakan murid yang boleh berdikari, berdaya saing, mengamalkan teknologi hijau dan menjana idea kreatif dan inovatif serta menerapkan elemen keusahawanan sebagai persediaan menyumbang tenaga kerja mahir industri pembinaan