MPV PEMPROSESAN MAKANAN


Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam pemprosesan hasil ternakan, hasil tanaman, produk bakeri, konfeksioneri dan kuih tradisional. Pemprosesan makanan melibatkan pelbagai peringkat pemprosesan seperti pemilihan bahan mentah, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran. Pendedahan kepada pengurusan tempat kerja dan Amalan Perkilangan Yang Baik (GMP) turut diutamakan. Aktiviti amali yang dilakukan di dalam bengkel pemprosesan makanan menggalakkan murid untuk bekerjasama dan berkomunikasi dalam kumpulan, berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah, berinisiatif dan bijak membuat keputusan serta bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan rakan. Murid terlibat dengan rekabentuk produk inovasi dan aktiviti pemasaran produk. Ini dapat melatih mereka menguasai kemahiran kebolehkerjaan di bengkel pemprosesan makanan atau memulakan perusahaan memproses makanan secara kecil-kecilan dan seterusnya menyediakan tenaga kerja yang relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan pada masa hadapan.

Tentang Kami


TINGKATAN 4

MODUL 1 : Pengurusan Tempat Kerja

MODUL 2 : Pemprosesan Hasil Ternakan

MODUL 3 : Pemprosesan Bakeri, Konfeksioneri dan Kuih Tempatan

MODUL 4 : Pemprosesan Hasil Tanaman

TINGKATAN 5

MODUL 5 : Reka Bentuk dan Inovasi Produk Pemprosesan Makanan

MODUL 6 : Pemasaran Produk Pemprosesan Makanan

MODUL 7 : Keusahawanan