Clubs View Details Page
Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam kerja mekanik motosikal yang merangkumi kemahiran mengesan kerosakan, menggantikan komponen dan menguji kefungsian motosikal. Murid menguasai pelbagai kemahiran menservis motosikal berkuasa 110 c.c. ke bawah tanpa sistem klac dan 250 c.c. ke bawah dengan sistem klac. Murid juga menservis sistem brek, elektrik dan elektronik, tayar, transmisi, dan bahan api. Murid mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan. Melalui mata pelajaran ini murid boleh memulakan perniagaan sendiri atau bekerja di bengkel menservis motosika
KSSM MPV Menservis Motosikal bermatlamat melahirkan murid
yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang menservis motosikal serta
mempunyai nilai dan etika profesional untuk menceburi kerjaya sama ada sebagai seorang
tenaga kerja separa mahir atau pengusaha dalam industri
permotoran seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari
dalam bidang berkaitan.