MPV KERJA PAIP DOMESTIK


Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan kemahiran dan pengetahuan dalam kerja pemasangan dan penyambungan pelbagai jenis paip seperti PVC, G.I dan poli paip. Murid juga menjalankan kerja menyenggara peralatan paip domestik seperti sinki, basin, show er dan pili. Melalui mata pelajaran ini murid boleh bekerja sebagai juru kerja paip atau membuka perniagaan sendiri.

Tentang Kami


KPD bermatlamat melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran serta mempunyai nilai dan etika profesional, berdaya saing, mengamalkan teknologi hijau dan menerapkan elemen keusahawanan serta komunikasi sebagai persediaan untuk mereka menceburi kerjaya dalam bidang kemahiran atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang berkaitan bagi menyumbang pembangunan negara.