Clubs View Details Page
Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengendalian dan penyajian makanan. Dalam pembelajaran katering, murid mempraktikkan kemahiran menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan pelbagai resipi asas. Dalam pembelajaran penyajian, murid mengenal pasti peralatan menghidang, menyediakan peranggu meja, menggubah bunga, melipat napkin dan mempraktikkan prosedur melayan pelanggan. Dengan kemahiran yang diperoleh, murid boleh berkecimpung dalam bidang katering atau masakan sebagai tukang masak, peramu saji atau pembantu katerer.
Mata-mata pelajaran vokasional diperkenalkan bagi melahirkan pelajar berkemahiran dalam
bidang usaha yang relevan dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaaan,
memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di peringkat yang lebih tinggi