MPV PRODUKSI MULTIMEDIA


Mata pelajaran ini memberi pengetahuan teori, proses dan kaedah penghasilan bahan-bahan multimedia yang menarik dan berkualiti. Pelajar menguasai pelbagai kemahiran yang antara lain termasuk pengendalian komputer, perakam kamera video, kamera (still picture), alat perakam audio dan alat pengimbas imej. Pelajar juga diberi kemahiran menukar format video dan audio dari signal analog kepada digital dan sebaliknya. Penggunaan pelbagai perisian editor grafik, video dan video serta alat pengarangan juga didedahkan. Selepas tamat pengajian, pelajar boleh menceburi bidang pekerjaan yang bersangkutan dengan pengiklanan dan rakaman studio.

Tentang Kami


MPV Produksi Multimedia (PM) bermatlamat menyediakan murid dengan ilmu pengetahuan berkaitan kaedah dan proses penghasilan produk multimedia serta kemahiran menggunakan

peralatan dan perisian berdasarkan standard industri. MPV PM menggalakkan murid mengamalkan pemikiran kreatif, kritis dan inovatif semasa penghasilan produk multimedia serta

membudayakan tingkah laku positif dan nilai-nilai murni dalam diri murid.